Saturday 21 May 2011

SAYUR ASAM KELADI

BAHAN-BAHAN:
• 1 ikat keladi- dipotong dan direbus hingga empuk
• 2 ulas asam keping
(bahan untuk dikisar)
• ½ biji bawang besar
• 2 ulas bawang puith
• 10 ekor ikan bilis
• Sedikit belacan
• ½ sudu kecil lada hitam
• 5 tangkai lada kering




CARA MEMASAK:
1. Rebus air dan masukkan bahan yang telah dikisar hingga mengelegak.
2. Masukkan asam keeping, garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan keladi
3. Biarkan ia mesra seketika lalu hidangkan
LAKSA UDANG

BAHAN-BAHAN:
• 300 gram laksa @ mihun- dicelur
• 10 ekor udang- direbus
• 2 cawan santan kelapa
• 1 keping tauhu goring-dihiris setelah digoreng
• 200 gram taugeh- direbus
• 1 sudu besar pes tom yam
• 1 sudu besar otak-otak udang
• 1 biji bawang merah-ditumbuk




CARA MEMASAK
1. Tumiskan bawang merah sehingga naik bau.
2. Kemudia masukkan santan.
3. Masukkan pes tom yam, otak-otak udang dan garam
4. Tunggu hingga mendidih. Kuah telah siap.
5. Untuk hidangan, masukkan laksa kedalam mangkuk, letakkan udang, tauhu goreng, taugeh diatasnya sebelum dimasukkan kuah

Tuesday 3 May 2011

SUP CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:
• 30mg mentega
• 100 ml krim putar UHT
• 15 gm bawang putih – dicincang
• 1 keping daun bay
• ½ sudu the serbuk oregano
• 40 mg cendawan butang- dikisar
• 40 mg cendawan tiram – dikisar
• 40 mg cendawan shitake – direbus dahulu kemudian kisar
• 1 sudu the serbuk perasa kiub ayam
• 300 ml air
• Garam secukup rasa
• Serbuk lada hitam secukup rasa


CARA MEMASAK
1- Panaskan periuk dengan api yang sederhana panas, kemudia masukkan mentega dan daun bay, serbuk oregano, dan bawang putih. Kacau berselang-seli sehingga naik aroma.
2- Masukkan semua cendawan dan kacau sehingga ia lembut. Kemudian tuangkan air dank rim putar. Biarkan ia merenah dengan api yang kecil selama 10 minit.
3- Masukkan bahan perasa secukup rasa.
4- Setelah sup didapati sederhana pekat, hidangkan.
PASTA LINGUINE MARINA

BAHAN-BAHAN:
• 150 gm Pasta Linguine – direbus ¾ masak
• 30 gm mentega
• 4 ekor udang harimau
• 120 ml sos tomato puree
• 1 biji buah tomato- dipotong kiub dan dibuang biji
• 1 keping daun bay
• 3 helai daun basil
• ½ sudu teh serbuk oregano
• 2 ulas bawang putih- dicincang
• ½ biji bawang besar- dipotong kiub kecil
• 30 ml jus lemon
• 30 ml air
• Serbuk lada putih secukup rasa
• Garam secukup rasa


CARA MEMASAK:
1- Diatas pan yang sederhana panas, masukkan mentega, daun bay, serbuk oregano, bawang putih, dan bawang besar. Kacau sehingga naik bau
2- Masukkan udang, kemudian kacau. Selepas itu, masukkan tomato puree, tomato,sedikit air dan jus lemon.
3- Biarkan ia mereneh selama 3 minit. Masukkan pasta yang telah siap direbus ¾ masak tadi dan tumiskan ia sekali lagi. Kemudian masukkan bahan perasa secukupnya.
( pasta ini amat sesuai dimakan bersama roti bawang dan keju parmesan)
NASI AYAM HAINAN

BAHAN-BAHAN:
• 1 ekor ayam
BAHAN UNTUK SOS:
• 300 gram cili merah
• 50 gram bawang putih
• ½ cawan sos cili
• ½ cawan sos tomato
• 2 sudu gula
BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM:
• 4 sudu kicap pekat
• ½ cawan minyak bijan
• Minyak untuk menggoreng
BAHAN-BAHAN UNTUK NASI AYAM:
• Seulas halia
• 2 ulas bawang putih
• 2 ulas bawang merah
• Serbuk kunyit
• Satu sudu sos tiram
• 2 cawan air
• 2 cawan beras


CARA MEMASAK
1- Perap ayam dengan kicap pekat dan minyak bijan
2- Goring ayam di dalam minyak sehingga kelihatan perang
3- Untuk membuat sos, panaskan minyak diadalam kuali. Masukkan cili merah, bawang putih, sos cili, sos tomato, dan gula
4- Cara memasak nasi pula, basuh beras. Masukkan dua ulas bawang putih, halia, bawang merah, sos tiram, serbuk kunyit dan dua cawan air kedalam beras. Apabila nasi siap dimasak, hidangkan bersama ayam.

Sunday 1 May 2011

JUS ERAT KASIH

BAHAN-BAHAN
• 2 biji limau kasturi
• 2 biji asam boi
• 2 sudu air gula
• Ketulan ais


CARA MEMBUAT
1. Campur semua bahan dalam gelas dan masukkan air secukupnya
2. Kacau dan tambahkan ketulan ais
HANN CHEALSEA BLUE

BAHAN-BAHAN
• ½ gelas 7-up
• 2 sudu laici
• 1 hirisan lemon
• Sedikit pewarna biru
• Air batu


CARA MEMBUAT
1. Campurkan semua bahan diatas dan hidangkan