Tuesday 3 May 2011

PASTA LINGUINE MARINA

BAHAN-BAHAN:
• 150 gm Pasta Linguine – direbus ¾ masak
• 30 gm mentega
• 4 ekor udang harimau
• 120 ml sos tomato puree
• 1 biji buah tomato- dipotong kiub dan dibuang biji
• 1 keping daun bay
• 3 helai daun basil
• ½ sudu teh serbuk oregano
• 2 ulas bawang putih- dicincang
• ½ biji bawang besar- dipotong kiub kecil
• 30 ml jus lemon
• 30 ml air
• Serbuk lada putih secukup rasa
• Garam secukup rasa


CARA MEMASAK:
1- Diatas pan yang sederhana panas, masukkan mentega, daun bay, serbuk oregano, bawang putih, dan bawang besar. Kacau sehingga naik bau
2- Masukkan udang, kemudian kacau. Selepas itu, masukkan tomato puree, tomato,sedikit air dan jus lemon.
3- Biarkan ia mereneh selama 3 minit. Masukkan pasta yang telah siap direbus ¾ masak tadi dan tumiskan ia sekali lagi. Kemudian masukkan bahan perasa secukupnya.
( pasta ini amat sesuai dimakan bersama roti bawang dan keju parmesan)

No comments:

Post a Comment